Sunday 1 December 2013

Tugasan Microsoft Access




1.Definisi Pangkalan Data
 
1.1: Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

 “A database is a self-describing collection of integrated records” 

Sumber :http://www.slideshare.net/shakinahumar91/pengenalan-kepada-pangkalan-data-bab1

Wednesday 27 March 2013

KEROPOK SIRA

KEROPOK SIRA



Keropok Sira Madu
Jaafar Muslim
Belakang Kaba, Padang Pak Ahmad,
16800 Pasir Putih, Kelantan



Ia adalah sebuah rumah kampung yang kecil dan mereka goreng, timbang & bungkus keropok sira. Saya mengambil peluang ini untuk tangkap beberapa gambar dan menemubual pemilik premis. Mereka telah berkecimpung dalam perniagaan ini selama 16 tahun.


Gambar menunjukkan peringkat permulaan proses pembuatan keropok sira.


Mereka menggunakan cili padi sebagai bahan utama dalam ramuan tradisi mereka.





Selepas digoreng, kakitangan akan mula campurkan keropok dengan bijan dan kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik.




Selepas pekerja masukkan keropok ke dalam plastik, mereka kemudian akan memindahkan ke unit penimbangan & penyelarasan kualiti.

Selepas melalui proses penimbangan, keropok akan dibungkus.






KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING



KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING
»
Pengenalan

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh penduduk-penduduk dari pelbagai golongan di negara ini juga di negara jiran. Di Malaysia terdapat pengusaha keropok yang menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.
Keropok adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai oleh penduduk Malaysia. Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji dan/atau tepung sagu sebagai bahan utama, garam, gula dan MSG sebagai bahan perasa. Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah ikan parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka, conor dan lain-lain.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.
Keropok yang bermutu boleh diperolehi bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan yang digunakan, nisbah bahan utama serta proses penyediaan. Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila ianya digoreng didalam minyak panas.

Terdapat beberapa kenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah) dan keropok bersira.


keropok yang telah siap direbus
»
 
Carta Alir
»
Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Lekor
Bil
Bahan-bahan
Peratus
Contoh
1
Isi Ikan
100
10 Kg
2
Tepung Kanji (Ubi) / Sagu
70
7 Kg
3
Garam
2.5
250 Gram
4
Gula
1.5
150 Gram
5
Monosodium Glutumate (MSG)
0.3
30 Gram
6
Air Ais
20 hingga 30
2 - 3 Kg

»

Bahan-bahan Untuk Memproses Keropok Kering
Bil
Bahan-bahan
Peratus
Contoh
1
Isi Ikan
100
10 Kg
2
Tepung Kanji (Ubi) / Sagu Atau Campuran
100
10 Kg
3
Garam
2.5
300 Gram
4
Gula
1.5
200 Gram
5
Monosodium Glutumate (MSG)
0.3
30 Gram
6
Air Ais
20 hingga 30
2 - 3 Kg

»

Cara-cara Pemprosesan Keropok Lekor / Kering
a) Membancuh Adunan
Bahan-bahan campuran yang di gunakan untuk memproses keropok iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais di adun dengan menggunakan mesin penggaul ( mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati dapat di ketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh.
b) Membentuk
Adunan yang telah di bentuk ketulan berbentuk silinder. Ketulan dibentuk mengikut saiz yang yang dikehendaki. Pada lazimnya, keropok keping di bentuk di antara 30 cm-50 cm. Panjang, bergaris pusat diantara 6 cm.-10 cm., serta mempunyai berat 500 gm.- 1 kg. Manakala ketulan untuk keropok lekor lebih kecil iaitu di antara 100 gm -500 gm.

proses membentuk keropok
c) Memasak
Keropok lekor boleh dimasak samaada dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng.manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja.
Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang baik jika dibandingkan dengan keropok yang direbus, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama. Keropok yang di kukus mengambil masa 1 hingga 1.1/2 jam untuk masak bergantung kepada saiz manakala merebus hanya mengambil masa di antara 20 hingga 30 minit sahaja. Keropok yang telah di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ianya masak.

proses merebus keropok lekor
d) Memotong
Keropok yang telah siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis membentuk kepingan.Keropok boleh di potong dengan menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok.
e) Menjemur
Keropok yang telah dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari. Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.

keropok kering yang telah digoreng (keropok keping)
f) Membungkus
Keropok yang telah kering di angkat , di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik.Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin , pelita atau dengan menggunakan mesin pateri ( Tew Impulse Sealer )
Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran saperti gas oksigen, wap air, kotoran, mikro, dan cahaya yang berlebihan. Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya.Pembungkusan yang menarik juga akan menjadi daya tarikan kepada pengguna.
g) Penyimpanan / Penstokan
Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100 gm,200 gm dan 500 gm adalah perlu di susun dengan rapi supaya tidak di kenakan tekanan bebanan yang berat yang mana akan mengakibatkan kerosakan kepada keropok saperti patah, pecah dan sebagainya.